Saturday, November 3, 2007

Misai Kucing

Misai kucing atau dikenali Orthosiphon Stamineus merupakan tumbuhan tropika tumbuh di kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara. Ia mudah dijumpai di kawasan-kawasan tanah tinggi atau rendah dan di tanah-tanah terbiar.

Pokok misai kucing sering dijadikan sebagai pokok hiasan dihalaman rumah kerana ia menghasilkan bunga yang cantik dan menarik. Bunganya kebiasaannya kelihatan berwarna putih atau ungu dan mempunyai filamen yang menyerupai seperti misai kucing.

Di bahagian batangnya terdapat bulu-bulu pendek yang berwarna kemerah-merahan, ia tumbuh dengan menegak serta bercabang-cabang. ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga 1.5 m.
Herba ini telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu di Malaysia dan Indonesia. Orang-orang barat mengenalinya sebagai Java tea. Ia digunakan untuk sakit-sakit sendi, kencing manis, tekanan darah tinggi dan juga untuk membersihkan sistem dalaman kita.

- rujukan dari koleksi herba MARDI

0 comments:

 

Powered by Blogger , created by © 2007 Feedget and Kelas-Blog