Sunday, November 11, 2007

DAUN BELUNTAS HILANGKAN BAU NAFAS



Semua orang tidak ingin nafas berbau. Apa tidaknya, nafas berbau boleh menimbulkan kesan negatif terhadap penampilan diri dan menjejaskan imej seseorang. Antaranya ialah orang lain akan menjauhkan diri daripada mereka yang mengalami masalah bau nafas terutamanya ketika berbual.

Oleh itu tidak hairanlah ramai di kalangan masyarakat kita yang mengamalkan pelbagai petua sama ada secara tradisi atau pun moden untuk menyegarkan nafas.

Namun begitu, terdapat sejenis tumbuhan herba tempatan yang boleh digunakan untuk menyegarkan nafas. Tumbuhan tersebut dikenali sebagai beluntas atau nama saintifiknya Plucheaindica. Tumbuhan renek dari keluarga compositae ini sering ditemui tumbuh liar terutamanya di kawasan pantai.

Daun pokok beluntas boleh dimakan secara mentah sebagai ulam. Rasanya agak kelat dan berangin boleh menyegarkan nafas. Pada masa yang sama ianya boleh menghilangkan bau badan dan melegakan tekak.

Selain itu, daun pokok beluntas juga boleh digunakan untuk merawat demam dan mengubati luka, ulser dan kudis.

Untuk melegakan demam, daun pokok beluntas yang telah dikeringkan direndam dalam air suam dan diminum. Manakala untuk mengubati ulser, luka dan kudis, ambil beberapa helai daun pokok beluntas, tumbuk sehingga lumat dan ditampalkan di tempat yang sakit.

Sumber : Mingguan Malaysia 20.8.2000

0 comments:

 

Powered by Blogger , created by © 2007 Feedget and Kelas-Blog